Latihan Audit Dalam Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001:2025 Tingkat Kompetensi Juruaudit Dalaman JKSS
Disiarkan pada 13 Feb 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING | 12–13 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Latihan Audit Dalam Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001:2025 bertempat di Bilik Seminar JKSS dengan kerjasama perunding SIRIM Sdn. Bhd.. Latihan selama dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 18 orang peserta.
Latihan ini bertujuan membangunkan kompetensi juruaudit dalaman agar memahami keperluan standard MS ISO 37001:2025, teknik serta metodologi audit secara sistematik, profesional dan beretika, di samping menilai tahap pematuhan terhadap dasar, prosedur dan kawalan anti-rasuah jabatan. Program ini turut memastikan keberkesanan pelaksanaan ABMS sentiasa dipantau, ketidakpatuhan serta risiko rasuah dapat dikenal pasti untuk tindakan pembetulan dan pencegahan, sekali gus menyokong penambahbaikan berterusan dan pengukuhan budaya integriti dalam organisasi.
Sesi latihan telah disampaikan oleh Mohd. Izzat Naqib daripada SIRIM Sdn. Bhd. yang berkongsi kepakaran berkaitan pelaksanaan audit dalaman secara bebas, terancang dan telus.