News

 

Pemerkasaan Information Security Management System (ISMS) Melalui Latihan Pemahaman Lampiran A ISO/IEC 27001:2022

Posted on 23 Feb 2026
Source of News: Disediakan oleh Urusetia JK Pemandu ISMS
19–20 Februari 2026 | KUCHING — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Latihan Pemahaman Lampiran A berdasarkan ISO/IEC 27001:2022 dengan panduan pelaksanaan yang diperincikan dalam ISO/IEC 27002:2022 bertempat di Pullman Kuching.

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada SIRIM Berhad iaitu Encik Khalid bin Libar, yang berkongsi kepakaran serta amalan terbaik dalam pelaksanaan 93 kawalan keselamatan maklumat merangkumi aspek organisasi, sumber manusia, fizikal dan teknologi.

Latihan selama dua hari ini memberi penekanan kepada pengurusan risiko keselamatan maklumat, kawalan capaian sistem, pengurusan insiden keselamatan serta perlindungan data kes mahkamah dan maklumat rasmi jabatan daripada ancaman siber dan kebocoran maklumat.

Melalui penganjuran latihan ini, JKSS terus komited memastikan pematuhan kepada standard antarabangsa serta memperkukuh budaya keselamatan maklumat dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Inisiatif ini selaras dengan usaha jabatan dalam menjamin kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman syariah di Sarawak.

isms

Galeri Gambar