News

 

Bengkel Penyediaan Soalan Peperiksaan Khas Kemasukan Peguam Syarie Sarawak Perkukuh Standard Penilaian

Posted on 24 Feb 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING | 23–24 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah melaksanakan Bengkel Penyediaan Soalan Peperiksaan Khas Kemasukan Peguam Syarie Sarawak bertempat di Dewan Seminar JKSS.

Program selama dua hari ini memberi tumpuan kepada penyediaan dan penambahbaikan item peperiksaan secara lebih sistematik, terarah dan selaras dengan keperluan semasa amalan guaman syarie. Panel yang terlibat meneliti aspek struktur soalan, kandungan undang-undang, aras kesukaran serta skema pemarkahan bagi memastikan setiap soalan benar-benar menguji kompetensi calon secara menyeluruh.

Bengkel ini juga menjadi platform penyelarasan standard penilaian agar proses kemasukan Peguam Syarie di Sarawak dilaksanakan secara telus, adil dan berintegriti. Penekanan diberikan kepada pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta kehendak profesionalisme dalam sistem kehakiman syariah.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan JKSS dalam memastikan hanya calon yang benar-benar berkelayakan, berpengetahuan dan beretika diberi ruang untuk beramal sebagai Peguam Syarie di Negeri Sarawak.

01