KUCHING | 25–26 Februari 2026 — Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Dokumen Balanced Scorecard (BSC) Tahun 2026 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.
Bengkel selama dua hari ini diadakan bagi memperkukuh dokumen dan pelaksanaan Balanced Scorecard (BSC) jabatan selaras dengan perancangan strategik serta hala tuju organisasi bagi tahun 2026. Program ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan petunjuk prestasi utama (KPI), penyelarasan inisiatif strategik serta pemantapan pemantauan pencapaian jabatan secara lebih sistematik dan berfokus.
Melalui sesi perbincangan dan bengkel kerja, peserta telah meneliti semula kerangka strategi sedia ada, mengenal pasti jurang pelaksanaan serta merangka tindakan penambahbaikan bagi memastikan pencapaian sasaran yang lebih efektif dan terukur.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memperkukuh tadbir urus strategik dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Galeri gambar