Berita

 

Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah Ramadan JKSS Bahagian Betong Eratkan Ukhuwah Warga Jabatan

Disiarkan pada 06 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh: Nur Afiqah binti Azuwan
BETONG, 4 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Betong telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Tazkirah Ramadan bersama kakitangan pada 4 Mac 2026. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian kerohanian.

Program dimulakan pada sebelah petang dengan sesi tadarus Al-Quran yang disertai oleh kakitangan. Sepanjang bulan Ramadan, tazkirah turut disampaikan secara bergilir sebagai pengisian rohani setiap hari kepada kakitangan. Selain itu, bacaan tahlil turut diadakan bagi mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Menjelang waktu berbuka puasa, kakitangan mula berkumpul bagi menghadiri majlis iftar sebelum bersama-sama menikmati juadah berbuka. Program kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti solat Isyak dan solat sunat Terawih.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar serta berjaya mencapai objektif dalam memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan kakitangan, di samping meningkatkan penghayatan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

betong

betong

betong