Berita

 

Majlis Tazkirah Bulanan JKSS Sempena Nuzul Al-Quran

Disiarkan pada 09 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 6 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Majlis Tazkirah Bulanan sempena Nuzul Al-Quran secara dalam talian pada 6 Mac 2026. Program ini dikendalikan oleh JKSS Zon Utara dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSS serta disertai oleh warga kerja JKSS dari seluruh Sarawak.

Majlis tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nazmi Adib bin Lapok, Penolong Pendaftar JKSS Daerah Lawas dengan tajuk “Menghayati Nuzul Al-Quran”. Dalam perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan menghayati peristiwa penurunan Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan serta menggalakkan warga kerja untuk memperbanyakkan bacaan, penghayatan dan amalan berteraskan ajaran Al-Quran, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Penganjuran majlis ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Ihya’ Ramadan JKSS yang bertujuan memperkukuh penghayatan rohani, di samping menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga jabatan.

tazkirah

tazkirah

tazkirah