News

 

Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk JKSS Sempena Agihan Bubur Lambuk untuk Iftar Perdana 2026 di Waterfront

Posted on 09 Mar 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 7 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menjayakan Program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Lambuk sempena Agihan Bubur Lambuk untuk Program Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam 2026 yang diadakan di Waterfront Kuching.

Bagi tujuan tersebut, Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSS dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah mengadakan aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk pada 6 hingga 7 Mac 2026 di Perkarangan Tempat Letak Kereta JKSS Ibu Pejabat yang melibatkan penyertaan warga kerja jabatan.

Sebanyak 500 pek bubur lambuk berjaya disediakan sebelum diagihkan kepada para pengunjung sempena Program Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam 2026 di Waterfront Kuching.

Penganjuran program ini turut menyemarakkan penghayatan Ramadan di samping memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga JKSS melalui aktiviti kemasyarakatan.

bubur

bubur

bubur

bubur

bubur