Berita

 

JKSS Miri Laksana Program Agihan Simpulan Kelupis Kasih Ramadan

Disiarkan pada 10 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
MIRI, 9 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Miri telah menganjurkan Program Agihan Simpulan Kelupis Kasih Ramadan pada 9 Mac 2026 bersamaan 20 Ramadan 1447H bertempat di Kompleks Islam Sarawak, Bahagian Miri.

Melalui program ini, kakitangan JKSS Miri telah bergotong-royong menyediakan juadah tradisional zon utara iaitu kelupis daun nyirik bersama kuah kacang dan sambal ikan tahai. Sebanyak 300 pek juadah telah diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan serta petugas di Kompleks Islam Miri.

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan kakitangan JKSS Miri, malah turut mengeratkan hubungan dengan agensi lain serta masyarakat setempat. Inisiatif ini juga menjadi salah satu usaha menyuburkan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium mengukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

kelupis

Galeri Gambar