Berita

 

Program Penyerahan Bubur Lambuk JKSS Bahagian Sri Aman Semarakkan Ramadan

Disiarkan pada 11 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Nor Azizah binti Abdul Rahim
SRI AMAN, 9 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Program Penyerahan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 1447H yang berlangsung di ruang menunggu pejabat bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Program ini diadakan sebagai usaha menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta memupuk semangat berkongsi rezeki.

Sebanyak 167 bekas bubur lambuk telah disediakan untuk diagihkan kepada pelanggan yang berurusan di pejabat, kakitangan agensi sekitar serta masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan pengimarahan Ramadan dalam kalangan masyarakat.

sriaman01

Galeri Gambar