Berita

 

Majlis Pelancaran SACSES JKSS Simbol Komitmen Persekitaran Kerja Berkualiti

Disiarkan pada 16 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 13 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mengadakan Majlis Pelancaran Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) pada 13 Mac 2026 bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 4, Bangunan Mahkamah Syariah Sarawak.

Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada pelaksanaan SACSES yang menggantikan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kemas, tersusun dan kondusif dalam perkhidmatan awam Sarawak. Program tersebut turut disertai oleh warga kerja JKSS secara fizikal manakala warga JKSS di bahagian turut mengikuti majlis secara dalam talian.

Pelaksanaan SACSES bertujuan meningkatkan produktiviti dan profesionalisme warga kerja di samping menggalakkan amalan budaya kerja yang lebih sistematik, selamat serta berkualiti. Di bawah pelaksanaan ini, aktiviti SACSES akan dilaksanakan secara berkala pada setiap hari Rabu bagi memastikan amalan tersebut terus dipraktikkan secara konsisten dalam organisasi.

Penganjuran majlis ini diharap dapat menyemarakkan kesedaran serta komitmen warga jabatan dalam mengamalkan budaya kerja yang lebih teratur, hijau dan lestari selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam Sarawak.

sacses

Galeri Gambar