SARIKEI, 12 & 16 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Sarikei telah menganjurkan dua program sempena Ihya’ Ramadan 1447H/2026M iaitu Majlis Iftar Jamaie bersama keluarga warga jabatan dan Pengagihan Bubur Lambuk sebagai inisiatif meraikan bulan Ramadan.
Majlis Iftar Jamaie yang diadakan pada 12 Mac 2026 telah menghimpunkan warga kerja bersama ahli keluarga dalam suasana penuh harmoni. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan di samping mengimarahkan bulan Ramadan melalui kebersamaan berbuka puasa.
Sementara itu, pada 16 Mac 2026, JKSS Sarikei telah melaksanakan Pengagihan Bubur Lambuk kepada orang awam sebagai tanda keprihatinan dan usaha berkongsi rezeki. Sebanyak 90 pek bubur lambuk telah diagihkan dengan penglibatan warga jabatan dalam penyediaan dan pengagihan juadah tersebut.
Penganjuran kedua-dua program ini mencerminkan komitmen JKSS dalam memperkukuh ukhuwah, menyuburkan nilai kebajikan serta mendekatkan jabatan dengan masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan.
Galeri Gambar