Berita

 

Program Khatam Al-Quran dan Iftar JKSS Kapit Menyuburkan Penghayatan Ramadan

Disiarkan pada 18 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KAPIT, 16 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Kapit telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran dan berbuka puasa bertemakan “Ramadan Dihayati, Al-Quran Disemai” bertempat di JKSS Bahagian Kapit.

Program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga kerja. Majlis ini turut memberi ruang kepada warga jabatan untuk menghayati pengisian Ramadan serta memperkukuh amalan kerohanian dalam suasana kebersamaan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen JKSS dalam membudayakan penghayatan Al-Quran dan memperkasa nilai-nilai Islam dalam kalangan warga jabatan.

kapit

Galeri Gambar