Majlis Khatamal Al-Quran Dan Iftar Jamaie JKSS Mukah Eratkan Ukhuwah Warga Jabatan
Disiarkan pada 18 Mar 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
MUKAH, 17 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Mukah telah menganjurkan Majlis Khatamal Al-Quran dan Iftar Jamaie pada 17 Mac 2026 bertempat di Dewan Kingwood Hotel Mukah.
Majlis dimulakan dengan Khatamal Al-Quran pada jam 6.00 petang yang melibatkan penyertaan warga kerja JKSS Mukah. Program kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa secara bersama, diikuti dengan solat berjemaah.
Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga jabatan di samping menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui pengisian aktiviti kerohanian.
Galeri Gambar