Berita

 

Perkongsian Sistem I-Syariah Dan Amalan Terbaik Perkasa Lawatan JKSN Kelantan Ke JKSS Miri Sempena Muzakarah Hakim Syarie Siri 1/2026

Disiarkan pada 02 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
MIRI, 1 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Miri telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSN Kelantan) sempena Muzakarah Hakim Syarie Siri 1/2026 yang memberi tumpuan kepada perkongsian sistem serta amalan terbaik dalam pengurusan kehakiman syariah.

Lawatan dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ketibaan delegasi JKSN Kelantan, diikuti sesi fotografi dan jamuan ringan.

Program diteruskan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Arif Tuan Rosidi bin Masli, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, diikuti ucapan balas oleh Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan.

Seterusnya, sesi taklimat telah diadakan melibatkan perkongsian pelaksanaan Sistem i-Syariah oleh Yang Arif Tuan Najarudin bin Nedri serta taklimat oleh pihak SAINS berkenaan “Court Recording & Transcribing System (CRT)”, “Video Conferencing System (VCS)” dan “Intelligent Realtime Information System (I-RIS)”.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara jabatan di samping memperkasa pertukaran ilmu, pengalaman dan amalan terbaik ke arah meningkatkan kecekapan serta kualiti penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah.

muzakarah

Galeri Gambar