KUCHING, 31 Mac 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah melaksanakan Audit Dalam SACSES pada 30 hingga 31 Mac 2026 bertempat di Ibu Pejabat JKSS serta JKSS Bahagian Kuching.
Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan amalan SACSES dalam kalangan warga jabatan, di samping memastikan persekitaran kerja yang kondusif, bersih, kemas dan tersusun selaras dengan aspirasi Sarawak Civil Service (SCS).
Sehubungan itu, semua zon di JKSS Ibu Pejabat dan Kuching telah melaksanakan aktiviti gotong-royong serta membuat persediaan rapi bagi memastikan persekitaran pejabat berada pada tahap terbaik sebelum sesi audit dijalankan.
Perlaksanaan SACSES ini juga akan diperluaskan ke JKSS di bahagian lain secara berperingkat sebagai usaha memastikan SACSES dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten di seluruh jabatan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyokong usaha ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia.
