Berita

 

MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI JKSS SRI AMAN ERATKAN SILATURAHIM

Disiarkan pada 08 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
SRI AMAN, 7 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Sri Aman telah mengadakan Majlis Kesyukuran Aidilfitri bertempat di ruang legar pejabat dalam suasana meriah dan harmoni.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada Ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan serta orang awam.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam kalangan warga jabatan dan komuniti setempat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen JKSS dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta memupuk suasana kerja yang harmoni.

aidilfitri

Galeri Gambar