Berita

 

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2026 MUKAH ERATKAN SILATURAHIM KOMUNITI

Disiarkan pada 10 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
MUKAH, 8 April 2026 – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2026 telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sri Pekala, Kampung Kuala Lama, Mukah hasil penganjuran bersama Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Mukah, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Mukah, Unit Saudara Kita (USK) Bahagian Mukah serta Jawatankuasa Guru KAFA Bahagian Mukah.

Majlis ini diadakan sebagai platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan agensi kerajaan dan komuniti setempat sempena sambutan Aidilfitri.

Tetamu Kehormat yang hadir ialah Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie bin Haji Zawawi. Turut hadir ialah Ustaz Muhammad Adib bin Haji Saini, Pegawai Agama Islam Bahagian Mukah serta Tuan Nur Azhar bin Abdullah, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Bahagian Mukah, selain ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat serta para jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Khairi bin Zulkifli Abd Rahman, diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Nur Azhar bin Abdullah sebelum diteruskan dengan sesi jamuan.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dalam suasana penuh harmoni dan kemesraan, mencerminkan semangat kebersamaan serta kerjasama erat antara agensi dan komuniti setempat.

mukah

Galeri Gambar