Berita

 

PENERIMA PINGAT PERKHIDMATAN SETIA JKSS LIMBANG TERIMA PENGIKTIRAFAN

Disiarkan pada 10 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
LIMBANG, 10 April 2026 – Beberapa warga Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Limbang telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia sempena Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia yang diadakan hari ini sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kesetiaan dalam perkhidmatan awam.

Antara penerima daripada JKSS Bahagian Limbang adalah seperti berikut:
    1.    Puan Shamsiyah binti Laili
    2.    Encik Amang @ Amin bin Matamin
    3.    Encik Mahdi bin Haji Bair

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada penjawat awam yang telah berkhidmat dengan penuh integriti dan amanah, sekali gus mencerminkan kecemerlangan perkhidmatan kehakiman syariah di Sarawak.

Majlis ini turut menjadi platform menghargai jasa dan pengorbanan warga perkhidmatan awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

pingatkhidmatsetia