Berita

 

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Samarahan Meriahkan Suasana Syawal

Disiarkan pada 13 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KOTA SAMARAHAN, 10 April 2026 (Jumaat) – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan di Dewan Suarah Samarahan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di bahagian ini. Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Samarahan turut serta dalam majlis tersebut bersama agensi-agensi lain.

Majlis ini turut dihadiri oleh Datu Idris bin Buang selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N16 Muara Tuang, serta Rubiah Wang selaku YB Puan Rubiah Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, bersama ketua-ketua jabatan, sekali gus menyerlahkan semangat kebersamaan dan keharmonian antara agensi serta komuniti setempat.

Penganjuran majlis ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim, di samping menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh muhibah dan perpaduan.

samarahan

samarahan