News

 

Hari Bersama Pelanggan Dan Ramah Tamah Aidilfitri JKSS Betong Sebagai Wadah Perkongsian Perkhidmatan JKSS

Posted on 14 Apr 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
BETONG, 8 April 2026 (Rabu) – Hari Bersama Pelanggan dan Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bahagian Betong telah diadakan di Kompleks Pentadbiran Bahagian Betong dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan di bahagian ini.

Majlis ini diisi dengan taklimat oleh Tuan Norhafizie bin Kamil berkaitan fungsi Mahkamah Syariah termasuk peranan Sulh dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), serta tayangan montaj mengenai sejarah penubuhan dan perkhidmatan Mahkamah Syariah Sarawak kepada masyarakat.

Pada 10 April 2026 pula, JKSS Bahagian Betong turut menyertai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pentadbiran Bahagian Betong anjuran Pejabat Residen Bahagian Betong yang disempurnakan oleh YB Datu Dr. Richard Rapu selaku wakil kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sekali gus memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Penganjuran dan penyertaan ini menjadi wadah penting dalam memperluas perkongsian perkhidmatan JKSS di samping mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan keharmonian dalam kalangan warga Bahagian Betong.

betong

betong

betong

betong