News

 

Audit Pensijilan Sacses JKSS Bukti Komitmen Terhadap Persekitaran Kerja Hijau Dan Lestari

Posted on 17 Apr 2026
Source of News: Disediakan oleh Puan Aainaa Shahira binti Rasidi
KUCHING, 16 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menjalani Audit Pensijilan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) pada 16 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Ibu Pejabat JKSS. Dalam masa yang sama, kehadiran wakil JKSS Bahagian turut disertai melalui platform dalam talian sebagai pendedahan awal terhadap pelaksanaan pensijilan ini.

Audit ini telah dilaksanakan oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) yang diketuai oleh Puan Suzy Anak Johnson bersama Encik Mohd. Yussof bin Bujang dan Puan Nur Shafazia binti Morshidi @ Ramza sebagai pasukan juruaudit bagi menilai tahap pematuhan jabatan terhadap standard persekitaran kerja hijau dan lestari selaras dengan aspirasi Sarawak Civil Service.

Sepanjang audit, penilaian telah dibuat meliputi aspek struktur tadbir urus, amalan, pembudayaan serta kelestarian dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan SACSES yang ditetapkan.

Hasil penilaian mendapati JKSS telah layak untuk pensijilan SACSES, sekali gus membuktikan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan lestari.

sacses

sacses

sacses

sacses