Berita

 

Kunjungan Hormat HMHLC Ke Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Disiarkan pada 22 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Encik Syed Haris bin Wan Hassan
Selasa, 21 April 2026 - Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim (HMHLC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan pengurusan baharu HMHLC serta membincangkan potensi kerjasama susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai sebelum ini. Perbincangan ini membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada pembangunan perundangan syariah.

Delegasi HMHLC diketuai oleh Prof. Dr. Noriah Ramli, Pengarah HMHLC, bersama pegawai-pegawai kanan pusat tersebut.

Diharapkan kunjungan ini memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menyumbang kepada kecemerlangan institusi dalam bidang perundangan syariah.

lawatan

Galeri Foto