KUCHING, 27 April 2026 – Majlis Al-Wida’ Pembimbing Ibadah Haji Majlis Islam Sarawak (PIH-MIS) bagi musim haji 1447H/2026M telah diadakan di Persada Majma’, Aras 17, Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching.
Majlis ini diadakan sebagai simbolik pelepasan serta penghargaan kepada para Pembimbing Ibadah Haji yang bakal menggalas amanah membimbing jemaah haji dari Sarawak sepanjang musim haji tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada dua warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) yang terpilih sebagai Pembimbing Ibadah Haji bagi musim haji 1447H/2026M, iaitu Puan Aainaa Shahira binti Rasidi, Pegawai Syariah dan Ustazah Shamsiyah binti Laili, Pembantu Syariah, bersama-sama Ustaz Khairul Azha bin Johni, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam/Imam Bahagian Betong daripada Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Betong.
Turut disampaikan amanat oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak yang menekankan kepentingan komitmen, integriti dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai pembimbing ibadah haji.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Islam Sarawak dalam memastikan pengurusan dan bimbingan ibadah haji dilaksanakan secara teratur, berkesan serta memberi manfaat kepada para jemaah.
Galeri Foto