KUCHING, 24 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Mediasi yang berlangsung selama lima hari bermula 20 hingga 24 April 2026 bertempat di Imperial Hotel Kuching.
Kursus ini dianjurkan sebagai usaha memperkukuh kemahiran pegawai dalam mengendalikan proses mediasi secara lebih sistematik dan berkesan, khususnya dalam menyelesaikan kes-kes melibatkan pihak-pihak yang bertikai.
Antara objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk mengadaptasikan teknik-teknik mediasi dalam menyelesaikan kes dengan lebih berkesan. Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran komunikasi berkesan termasuk active listening, teknik bertanya soalan yang tepat, komunikasi empatik serta pendekatan membantu pihak yang bercanggah berkomunikasi secara lebih positif.
Sepanjang kursus ini, para peserta turut didedahkan dengan latihan praktikal melalui simulasi role-play bagi memberi peluang kepada mereka memahami serta mempraktikkan teknik-teknik mediasi dalam suasana terkawal.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta serta dibimbing oleh 12 orang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang berkaitan.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai JKSS dalam menguruskan kes secara lebih efektif, seterusnya menyumbang kepada sistem penyampaian keadilan syariah yang lebih berkualiti di Sarawak
Galeri Foto