Berita

 

KURSUS PENGHANTAR NOTIS PERKASA KECEKAPAN PENYAMPAIAN DOKUMEN MAHKAMAH SYARIAH

Disiarkan pada 29 Apr 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
KUCHING, 28 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Kursus Penghantar Notis yang berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 April 2026.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam penyampaian notis Mahkamah Syariah secara digital serta memastikan pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan.

Selain itu, kursus ini turut memfokuskan kepada pemantapan pemahaman peserta mengenai peruntukan undang-undang keterangan, khususnya dalam aspek penyediaan dan pengurusan afidavit yang sah. Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan prosedur undang-undang bagi menyerahkan dokumen Mahkamah kepada defendan yang berada di luar bidang kuasa.

Kursus ini telah melibatkan penyertaan seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan berkaitan.

Penganjuran kursus ini diharap dapat mempertingkatkan profesionalisme dan kecekapan pegawai JKSS dalam menguruskan penyampaian dokumen mahkamah secara lebih sistematik dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada penyampaian keadilan syariah yang lebih efisien di Sarawak.

pn

pn

pn

pn