Berita

 

BENGKEL KEY FOCUS ACTIVITY (KFA) 2026 PERKASA INISIATIF PENDIGITALAN PEMFAILAN KES

Disiarkan pada 04 May 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
KUCHING, 30 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Bengkel Key Focus Activity (KFA) Tahun 2026 / Bengkel Aktiviti Fokus Utama Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 April 2026.

Bengkel ini memberi tumpuan kepada tajuk Inisiatif Pendigitalan Menyeluruh Pemfailan Kes yang Diwakili Peguam Syarie, selaras dengan usaha memperkasa transformasi digital dalam sistem pengurusan kes syariah di Sarawak.

Seramai 12 orang ahli kumpulan KFA telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Pegawai Syariah, Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta terlibat secara aktif dalam perbincangan, percambahan idea serta perancangan pelaksanaan inisiatif yang dirangka.

Objektif utama pelaksanaan KFA ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan kelancaran proses pemfailan kes melalui pelaksanaan sistem dalam talian secara menyeluruh. Selain itu, ia juga bertujuan menyeragamkan prosedur dan dokumentasi, mempercepatkan tempoh pendaftaran kes melalui automasi, serta meningkatkan ketelusan dan kebolehkesanan setiap tindakan dalam pengurusan kes.

Di samping itu, inisiatif ini turut memberi penekanan terhadap pengurangan kos operasi dan kebergantungan kepada dokumen fizikal, memudahkan akses kepada peguam syarie untuk memfailkan kes pada bila-bila masa, serta memastikan integrasi yang lancar dengan sistem sedia ada bagi mewujudkan pengurusan kes yang lebih efektif dan sistematik.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memperkukuh tadbir urus digital serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah yang lebih efisien, telus dan responsif selaras dengan keperluan semasa.

a

a

a

a