Berita

 

KURSUS PEMBANTU SYARIAH BIL. 1 JKSS 2026 PERKASA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEGAWAI

Disiarkan pada 05 May 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
KUCHING, 30 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Kursus Pembantu Syariah Bil. 1 JKSS 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 April 2026 bertempat di Dewan Seminar JKSS.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan berkaitan. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penyediaan pliding, di samping memberi kefahaman mendalam mengenai sistem pembahagian harta pusaka Islam. Peserta turut didedahkan dengan kaedah pengiraan yang tepat serta mengenal pasti waris fardhu bagi mengelakkan berlakunya konflik dalam kalangan keluarga.

Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan terhadap kefahaman mengenai proses, prosedur, kaedah serta tatacara perjalanan Majlis Sulh yang lebih efektif dalam pengendalian kes.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mendapat perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan iaitu Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta Yang Arif Tuan Hj Najarudin bin Hj Nedri dan Puan Norsilawati binti Jamari dari JKSS Ibu Pejabat.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh kompetensi peserta seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam sistem kehakiman syariah di Sarawak.

kursus

kursus

kursus

kursus