News

 

PELAKSANAAN AUDIT DALAM ECSA DAN JERAYAWARA PENTADBIRAN MEMPERTEGUH TADBIR URUS JKSS

Posted on 11 May 2026
Source of News: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
JKSS, 11 Mei 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah melaksanakan Audit Dalam Electronic Compliance Self-Assessment (ECSA) bagi penilaian terhadap pematuhan peraturan dari aspek pentadbiran dan kewangan di Bahagian Sarikei, Kapit dan Sibu, yang berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2026.

Pelaksanaan audit ini bertujuan memperkukuhkan pengurusan kewangan di pejabat bahagian agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Audit ini turut melibatkan pegawai dari Ibu Pejabat JKSS bersama kakitangan di bahagian yang terlibat.

Selain itu, program ini turut disertai dengan Jerayawara dari Unit Psikologi dan Kaunseling JKSS yang bertujuan memberi pendedahan kepada warga kerja mengenai peranan dan perkhidmatan unit tersebut di Ibu Pejabat. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesejahteraan mental serta menyediakan saluran sokongan kepada kakitangan.

Seterusnya, pada 5 Mei, dibawah kendalian Unit Keselamatan JKSS,  Pemeriksaan Tahap Keselamatan Oleh Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan (UKPS) di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Miri yang bertujuan memastikan semua anggota polis bantuan melaksanakan tugas selaras mengikut ketetapan ditetapkan dalam PTKPN H602.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan audit dan jerayawara ini mencerminkan komitmen JKSS dalam memperkasa tadbir urus organisasi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kerjanya di semua peringkat dan bahagian.

A

Galeri Foto