News

 

TAKLIMAT PEMERKASAAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH SARAWAK PERKUKUH INISIATIF PEMBANGUNAN SISTEM KEHAKIMAN

Posted on 11 May 2026
Source of News: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
KUCHING, 11 Mei 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Taklimat Pemerkasaan Kehakiman dan Perundangan Syariah Sarawak pada 8 Mei 2025 yang berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Seminar, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Taklimat diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam, Kemajuan Wilayah dan DBKU).

Taklimat ini bertujuan membentangkan kertas-kertas cadangan strategik yang memfokuskan kepada usaha memperkukuh sistem kehakiman dan perundangan Syariah di Sarawak secara menyeluruh.

Antara perkara utama yang dibentangkan termasuk cadangan pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Sarawak sebagai langkah meningkatkan kemudahan infrastruktur kehakiman, pelaksanaan Skim Bantuan Guaman Syarie oleh Majlis Islam Sarawak bagi memperluas akses keadilan kepada masyarakat, serta penggubalan ordinan-ordinan berkaitan pentadbiran dan perundangan Syariah.

Inisiatif-inisiatif yang diketengahkan ini mencerminkan komitmen berterusan JKSS dalam memperkasa tadbir urus kehakiman Syariah agar lebih efisien, sistematik dan responsif terhadap keperluan semasa.

taklimat

taklimat

taklimat

taklimat