News

 

JKSS RAIH PENGIKTIRAFAN DALAM MAJLIS ANUGERAH MINI KONVENSYEN INNOVATIVE & CREATIVE CIRCLE (ICC)

Posted on 12 May 2026
Source of News: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
KUCHING, 9 Mei 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mencatatkan pencapaian membanggakan dalam dua pengiktirafan berprestij sempena Malam Anugerah Mini Konvensyen Innovative & Creative Circle (ICC) Peringkat Jabatan Premier Sarawak 206 serta penyampaian Sijil Pengiktirafan di bawah Piawaian Persekitaran Perkhidmatan Awam Sarawak (SACSES) yang berlangsung di Unifor Complex.

Malam anugerah tersebut dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan KIK yang telah menyertai Mini Konvensyen KIK Peringkat Jabatan Premier Sarawak pada 27 hingga 30 April 2026. Majlis ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Kumpulan KIK daripada pelbagai jabatan, Ketua-Ketua Jabatan serta disempurnakan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Dalam majlis tersebut, JKSS telah berjaya meraih Naib Johan bagi Kategori Agensi SCS, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu, JKSS turut menerima Sijil Pengiktirafan SACSES, iaitu satu pengiktirafan di bawah Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) yang bertujuan menghargai komitmen agensi dalam mengukuhkan budaya kerja yang sistematik, mampan dan berteraskan kualiti. Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee kepada lima agensi lain semasa majlis berkenaan.

Penganugerahan ini mencerminkan kesungguhan JKSS dalam memperkukuh tadbir urus organisasi, memupuk budaya inovasi serta memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti tinggi selaras dengan aspirasi Perkhidmatan Awam Sarawak.

Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kepada seluruh warga JKSS untuk terus meningkatkan kecemerlangan serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

icc

icc

icc

icc