KUCHING, 20 JUN 2026 (SABTU) – Seramai 12 orang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) yang diketuai oleh YAA Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi telah menyertai Pertandingan Pickleball Agensi Islam Piala Timbalan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) yang berlangsung di PicklePro Kuching.
Pertandingan yang menghimpunkan sembilan agensi Islam dari seluruh negara ini dianjurkan sebagai platform untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh hubungan dan kerjasama antara agensi-agensi Islam.
Penyertaan JKSS dalam pertandingan ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menggalakkan budaya hidup sihat, di samping membentuk nilai disiplin, kerja berpasukan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen JKSS atas komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga penyertaan seumpama ini dapat terus menyemarakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan warga agensi Islam.