Berita

 

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD JKSS 2026

Disiarkan pada 23 Jun 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Encik Syed Muhd Haris Bin Wan Hassan
Kuching, 19 Jun 2026 - Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Dokumen Pelan Tindakan Bencana Rekod pada 18 hingga 19 Jun 2026. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan kesiapsiagaan warga JKSS dalam menghadapi sebarang bencana yang boleh menjejaskan rekod dan dokumen penting jabatan.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah mengikuti taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Encik Afham Jauhari Aldi, berkaitan pengurusan rekod dan tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan demonstrasi tindakan bencana rekod, yang memberi pendedahan secara praktikal mengenai kaedah penyelamatan dan pemulihan rekod yang terjejas.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu JKSS menyediakan pelan tindakan yang lebih sistematik dan berkesan bagi memastikan keselamatan serta kelangsungan pengurusan rekod jabatan pada masa hadapan.

jkss

jkss

jkss

jkss