Berita

 

SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SARAWAK SEMPENA ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK 1448H | 2026M ZON SELATAN (SADONG JAYA)

Disiarkan pada 17 Jul 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
SADONG JAYA | 14 JULAI 2026

Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak (MIS) telah berjaya dilaksanakan bersempena Program Ziarah Mahabbah MIS 2026 Zon Selatan di Dewan Warisan Sadong Jaya, Kota Samarahan.

Program diisi dengan ceramah dan forum syariah berkaitan pembubaran perkahwinan, hak selepas perceraian serta pengurusan harta pusaka orang Islam. Turut disediakan reruai pameran dan kaunter khidmat nasihat oleh pelbagai agensi untuk manfaat orang ramai.

Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ir Aidel bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Sadong Jaya, termasuk penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen JKSS dan MIS dalam memperkasa kefahaman masyarakat terhadap undang-undang Syariah demi kesejahteraan institusi keluarga Islam di Sarawak.


jkss

JKSS

jkss

jkss