SERIAN | 16 JULAI 2026
Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak (MIS) telah berjaya dilaksanakan bersempena Program Ziarah Mahabbah MIS 2026 Zon Selatan di Dewan Serbaguna Masjid Darul Makmur, Bahagian Serian.
Program diisi dengan ceramah dan forum syariah berkaitan pembubaran perkahwinan, hak selepas perceraian serta pengurusan harta pusaka orang Islam. Turut disediakan reruai pameran dan kaunter khidmat nasihat oleh pelbagai agensi untuk manfaat orang ramai.
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh YBrs Encik Abdul Khalid bin Manap, Timbalan Residen Bahagian Serian, mewakili Yang Berhormat Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N22 Kedup, termasuk penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen JKSS dan MIS dalam memperkasa kefahaman masyarakat terhadap undang-undang Syariah demi kesejahteraan institusi keluarga Islam di Sarawak.
