Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Zon Tengah (Mukah & Kapit) telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi (Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak), YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen P.213 Mukah), Datuk Misnu bin Haji Taha (Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak), Sahibus Samahah Datu Haji Khalidi bin Haji Ibrahim (Mufti Sarawak), Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi (Ketua Hakim Syarie Sarawak), serta dif-dif kenamaan, ketua-ketua jabatan, wakil agensi dan para jemputan.
Pada hari kedua, Majlis Penangguhan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Zon Tengah telah berlangsung dengan jayanya di lokasi yang sama. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen P.213 Mukah).
Turut hadir ialah Yang Amat Arif Datu Haji Awg Suhaili bin Ledi (Ketua Hakim Syarie Sarawak), YB Tuan Abdul Yakub bin Haji Arbi (ADUN N.58 Balingian), Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Suaud (Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak), serta YBrs. Tuan Bujang Rahman bin Seli (Residen Bahagian Mukah).
Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh ukhuwah, mempererat jalinan kerjasama strategik serta menyantuni masyarakat melalui pelbagai pengisian yang memberi manfaat kepada umat Islam, khususnya di Zon Tengah (Mukah & Kapit).
Semoga segala usaha yang dilaksanakan diberkati dan terus menyumbang ke arah pembangunan ummah yang sejahtera serta memperkukuh syiar agama Islam di Sarawak.
