KUCHING, 5 OGOS 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Tabung Baitulmal Sarawak.
TBS yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Shukri bin Samor (Ketua Sektor Korporat, Tabung Baitulmal Sarawak).
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai salah satu elemen dalam Sarawak Civil Service (SCS).
Program melibatkan seramai 40 peserta termasuk warga JKSS dan delegasi TBS, serta diisi dengan sesi pembentangan, perkongsian maklumat dan interaksi dua hala.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh amalan tadbir urus dan kelestarian organisasi.
