News

 

LAWATAN PENANDA ARAS SACSES M-FICORD KE JKSS

Posted on 10 Aug 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 5 OGOS 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Kementerian Perindustrian Makanan dan Komoditi Wilayah Sarawak.
M-Ficord yang diketuai oleh Yang Berusaha, Puan Amilda Abu Bakar
(Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak).

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai salah satu elemen dalam Sarawak Civil Service (SCS).

Program melibatkan seramai 40 peserta termasuk warga JKSS dan delegasi M-Ficord, serta diisi dengan sesi pembentangan, perkongsian maklumat dan interaksi dua hala.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh amalan tadbir urus dan kelestarian organisasi.

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS