Berita

 

KUNJUNGAN HORMAT PENGADILAN TINGGI AGAMA PONTIANAK INDONESIA KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Disiarkan pada 10 Aug 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
Kuching, 6 Ogos 2026 | JKSS telah menerima kunjungan hormat daripada Pengadilan Tinggi Agama Pontianak yang diketuai oleh Yang Mulia Dr. Candra Boy Seroza, S.Ag., M.Ag, Ketua Pengadilan Tinggi Agama Pontianak selaku Ketua Delegasi Pengadilan Tinggi Agama Pontianak, Indonesia bersama 30 orang delegasi yang lain.

Majlis diserikan dengan Majlis Makan Malam sempena kunjungan hormat tersebut yang dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) serta Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Shorgayah binti Haji Ahmad Zaidin, Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu bin Haji Taha (Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak), Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi (Ketua Hakim Syarie Sarawak), Ketua-ketua agensi islam, delegasi serta kakitangan JKSS.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuh kerjasama erat antara dua pihak selain bertukar pendapat dan membincang isu-isu semasa ke arah perundangan dan kehakiman antara Malaysia dan Indonesia. 

Semoga kunjungan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk nilai-nilai murni serta memperkukuh jalinan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua negara.

JKSS

JKSS

jkss

jkss