News

 

PERTANDINGAN MAHKAMAH MUT SYARIAH PIALA KETUA HAKIM SYARIE SARAWAK 2026

Posted on 13 Aug 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 12 Ogos 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Piala Ketua Hakim Syarie Sarawak 2026 peringkat sekolah menengah agama di sekitar Kuching pada 11 dan 12 Ogos 2026.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan empat buah sekolah, iaitu SMKA Tun Ahmad Zaidi, SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, SMKA Matang 2 dan SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini dimulakan dengan pusingan awal pada 11 Ogos, manakala pusingan akhir diadakan pada 12 Ogos 2026. Setelah melalui persaingan yang sengit dan penuh semangat, SMKA Tun Ahmad Zaidi dinobatkan sebagai Johan, diikuti SMKA Matang 2 sebagai Naib Johan.

Sementara itu, SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab meraih Saguhati 1, manakala SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud menerima Saguhati 2. Anugerah Penghujahan Bertulis Terbaik disandang oleh SMKA Tun Ahmad Zaidi manakala Anugerah Khas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Penghujahan Lisan Terbaik  disandang oleh Elliessya Qu Qhaierra binti Junaidi juga dari SMKA Tun Ahmad Zaidi.

Penganjuran pertandingan ini diharapkan dapat memupuk minat dan kesedaran dalam kalangan para pelajar terhadap bidang kehakiman syariah, di samping menjadi wadah untuk memperkenalkan prinsip serta amalan perundangan Islam berlandaskan syariah.

Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berintegriti dan memahami kepentingan pelaksanaan syariah dalam kehidupan, seterusnya menjadi teladan serta memberi manfaat kepada masyarakat.

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS