KUCHING, 14 OGOS 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Majlis Islam Sarawak (MIS) yang diketuai oleh Sahibus Siyadah, Ustaz Haji Mual bin Suaud, Setiausaha Majlis Islam Sarawak.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai salah satu elemen dalam Sarawak Civil Service (SCS).
Program melibatkan seramai 40 peserta termasuk warga JKSS dan delegasi MIS, serta diisi dengan sesi pembentangan, perkongsian maklumat dan interaksi dua hala.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh amalan tadbir urus dan kelestarian organisasi.
