News

 

KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN INOVATIF (KIK) DAS JKSS KE KEDIAMAN RASMI YB DATO' SRI HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI

Posted on 27 Aug 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
Khamis, 27 Ogos 2026 | Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Kumpulan Decide Act Succeed (DAS), telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P193 Santubong, di kediaman rasminya pada hari ini.

Kunjungan ini diadakan bagi melaksanakan sesi rakaman bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy serta mengetengahkan projek inovasi Kumpulan DAS, khususnya dalam usaha menambah baik proses pemantauan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah.

Sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan peranan, pelaksanaan dan impak projek tersebut dalam meningkatkan keberkesanan pemantauan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah.

JKSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pandangan dan pengalaman dalam menjayakan usaha inovasi ini.

Semoga kerjasama dan sokongan yang diberikan dapat menyumbang kepada kejayaan projek Kumpulan DAS serta memberi manfaat kepada masyarakat dan pemegang taruh.

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS