Khamis, 27 Ogos 2026 | Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Wafi bin Abdullah, melibatkan seramai 15 orang delegasi.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung berkaitan pelaksanaan platform digital pintar I-Syariah yang dibangunkan oleh JKSS dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS).
I-Syariah berfungsi sebagai pusat integrasi sistem maklumat syariah di Sarawak yang merangkumi pelbagai komponen perkhidmatan kehakiman berteraskan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Semoga perkongsian dua hala ini dapat memberi manfaat serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua jabatan.
