News

 

JKSS BERBESAR HATI MENJADI TUAN RUMAH, PERKUKUH JALINAN KERJASAMA JKSM-MAHKAMAH SYARIAH BRUNEI

Posted on 28 Aug 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
MIRI, 24 Ogos 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Miri, Sarawak.

Pertemuan ini menjadi platform bagi memperkukuh jalinan kerjasama serta hubungan dua hala dalam bidang kehakiman Syariah antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

Delegasi turut mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Miri bagi melihat pelaksanaan sistem Court Recording and Transcription (CRT) yang digunakan di JKSS.

Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian antara institusi kehakiman Syariah ini terus diperkukuh pada masa akan datang.

jkss

jkss

jkss

jkss

jkss