Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menganjurkan Program Bertemakan PSYSAFE 2026: Memperkukuh Keselamatan Psikologi, Memacu Kecemerlangan Organisasi pada 19 Ogos 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini mengetengahkan tiga perkongsian yang menyentuh aspek alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga kerja. Slot pertama bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) memberi fokus kepada kepentingan kebersihan alam sekitar dan amalan kehidupan yang sihat serta lestari.
Seterusnya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (JKKPS) berkongsi mengenai amalan ergonomik di tempat kerja, termasuk postur kerja yang betul, penggunaan peralatan secara ergonomik serta kepentingan rehat dan pergerakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan ketika bekerja.
Program diteruskan dengan perkongsian daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Sarawak (AADK) yang meningkatkan kesedaran mengenai cabaran penyalahgunaan dadah, kesannya terhadap kesihatan, kehidupan dan kerjaya, serta kepentingan membina jati diri dan daya tahan diri.
Secara keseluruhannya, PSYSAFE 2026 menjadi satu platform untuk menyemai kesedaran bahawa kesejahteraan bermula daripada diri, persekitaran dan komuniti kerja. Bersama membina tempat kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif demi warga kerja yang sejahtera serta organisasi yang lebih cemerlang.
PSYSAFE 2026 — Safe Minds, Healthy Workplace, Stronger Organisation!
