Berita

 

PROGRAM PSYSAFE 2026: MEMPERKUKUH KESELAMATAN PSIKOLOGI, MEMACU KECEMERLANGAN ORGANISASI SIRI 2

Disiarkan pada 28 Aug 2026
Sumber Berita: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
Selari dengan usaha memperkukuh keselamatan psikologi dan kesejahteraan warga kerja, Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah menganjurkan program bertemakan PSYSAFE 2026 pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 4, Bangunan Mahkamah Syariah, Kuching, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kuching.

Program ini memberi pendedahan kepada warga kerja mengenai asas pertolongan cemas serta tindakan awal yang betul dalam menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian. Perkongsian dan latihan yang dijalankan turut membantu meningkatkan pengetahuan, keyakinan dan kesiapsiagaan peserta untuk memberikan bantuan awal sebelum mendapatkan rawatan atau bantuan perubatan.

Lebih daripada sekadar kemahiran, program ini turut menyemai sikap prihatin, peka dan bertanggungjawab terhadap keselamatan serta kesejahteraan orang di sekeliling. Peserta digalakkan untuk kekal tenang, bertindak dengan tepat dan berani membantu apabila berdepan situasi kecemasan.

Kerana dalam situasi kecemasan, tindakan kecil yang pantas dan tepat boleh membawa perubahan yang besar.

PSYSAFE 2026 — Be Ready. Stay Calm. Make a Difference.

jkss

jkss

jkss

jkss