News

 

A DATE WITH MYSELF: BERHENTI SEJENAK, NIKMATI MASA DAN KEMBALI PADA DIRI

Posted on 11 Sep 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
Ibu Pejabat JKSS, 9 September 2026 – Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan program A Date With Myself: Berhenti Sejenak, Nikmati Masa dan Kembali Pada Diri sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh kesejahteraan mental dan fizikal warga jabatan.

Program ini menampilkan Dr. Salmah binti Mohamad Yusoff dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berkongsi panduan dan pendekatan berkaitan penjagaan diri (self-care), khususnya dalam membantu individu mengenali keperluan diri serta mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan seharian.

Berteraskan Teori Pilihan dalam Terapi Realiti, peserta didedahkan kepada pemahaman bahawa setiap individu mempunyai keupayaan untuk membuat pilihan terhadap tindakan dan tingkah laku dalam menghadapi pelbagai situasi kehidupan. Peserta turut diperkenalkan kepada pelbagai strategi penjagaan diri yang boleh diamalkan bagi membantu mengurus emosi, tekanan dan tuntutan kehidupan dengan lebih baik.

Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk berhenti sejenak daripada rutin harian, memberi perhatian kepada keperluan diri serta menilai semula aspek keseimbangan antara tanggungjawab, kesihatan dan kesejahteraan peribadi.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen JKSS dalam menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan warga kerja melalui pembudayaan penjagaan diri serta amalan membuat pilihan yang lebih positif, seimbang dan bertanggungjawab dalam kehidupan.

JKSS



JKSS

JKSS