News

 

BE MINDFUL, BE WELL: MENCARI KETENANGAN DI TENGAH KERIUHAN

Posted on 11 Sep 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
Ibu Pejabat JKSS, 10 September 2026 – Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan program Be Mindful, Be Well: Mencari Ketenangan di Tengah Keriuhan sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh kesejahteraan mental dan emosi warga jabatan.

Program ini menampilkan Dr. Mohd Shahrul bin Kamaruddin dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berkongsi mengenai konsep mindfulness sebagai satu pendekatan untuk membantu individu memberi perhatian kepada masa kini, memahami emosi serta membina ketenangan dalam menghadapi rutin dan tuntutan kehidupan seharian.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti interaktif yang memberi penekanan kepada kesedaran kendiri, pemusatan perhatian dan pengurusan emosi. Aktiviti yang dilaksanakan turut memberi ruang kepada peserta untuk berhenti sejenak daripada kesibukan harian, mengatur pernafasan serta memberikan perhatian kepada keadaan diri dan persekitaran dengan lebih sedar.

Melalui pendekatan ini, peserta berpeluang memahami kepentingan memberi ruang kepada diri dalam mengurus tekanan serta membentuk tindak balas yang lebih tenang dan terkawal ketika berhadapan dengan pelbagai situasi.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JKSS melalui Unit Psikologi dan Kaunseling dalam membudayakan amalan penjagaan kesejahteraan diri serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, seimbang dan kondusif.

jkss

jkss

jkss