News

 

LAWATAN PENANDA ARAS SACSES PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA) KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Posted on 11 Sep 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 11 September 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak yang diketuai oleh Yang Berusaha, Puan Dayang Masmolydiza binti Abang Dawi, Penolong Pengurus Besar Transformasi, Inovasi dan Modal
Insan.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai salah satu elemen dalam Sarawak Civil Service (SCS).

Program melibatkan seramai 30 peserta termasuk warga JKSS dan delegasi PUSAKA, serta diisi dengan sesi pembentangan, perkongsian maklumat dan interaksi dua hala.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh amalan tadbir urus dan kelestarian organisasi.

JKSS



JKSSJKSS

JKSS