News

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUCHING & MAS GADING KE JKSS PERKASA PENDEDAHAN KEHAKIMAN SYARIAH

Posted on 14 Sep 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
Kuching, 14 September 2026 bersamaan 2 Rabiulakhir 1448H | Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Kolej Komuniti Kuching & Mas Gading.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Yang Arif Tuan Haji Najarudin bin Haji Nedri, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuching.

Rombongan yang terdiri daripada 28 orang pelajar pelbagai jurusan bersama 5 orang Pensyarah pengiring iaitu diketuai oleh YBrs Puan Hajah Suriani binti Su'aidi, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. 

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara praktikal kepada para pelajar mengenai pengenalan kepada kehakiman syariah sekaligus menerangkan proses pelaksanaan undang-undang Syariah di Sarawak.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan JKSS serta proses pengendalian kes di Mahkamah Syariah. 

Selain itu, para pelajar turut berpeluang melawat ke Dewan Mahkamah Syariah bagi merasai pengalaman sebenar ketika perbicaraan sedang dilangsungkan.

Program seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal serta memupuk minat dalam kalangan pelajar untuk menceburi bidang kehakiman Syariah pada masa hadapan, selaras dengan usaha memperkasa kefahaman masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negeri ini.

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS