News

 

LAWATAN PENANDA ARAS SACSES KEMENTERIAN PELANCONGAN, INDUSTRI KREATIF DAN SENI PERSEMBAHAN SARAWAK KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Posted on 15 Sep 2026
Source of News: Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat JKSS
KUCHING, 15 September 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menerima lawatan penanda aras daripada  Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang diketuai oleh Yang Berusaha, Encik Julin Bin Alen, Timbalan Setiausaha Tetap merangkap Timbalan Pengerusi SACSES MTCP.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai salah satu elemen dalam Sarawak Civil Service (SCS).

Program melibatkan seramai 27 orang delegasi daripada MTCP, serta diisi dengan sesi pembentangan, perkongsian maklumat dan interaksi dua hala.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh amalan tadbir urus dan kelestarian organisasi.

JKSS

JKSS

JKSS

JKSS